8 TIPS UNTUK ANDA YANG INGIN MENDAKI GUNUNG SANTUBONG, KUCHING, SARAWAK.

Screen Shot 2018-05-03 at 1.01.59 AM

1. Tiada bayaran yang dikenakan untuk mendaki Gunung Santubong oleh Pihak Jabatan Hutan Sarawak. Anda hanya perlu mendaftarkan diri ketika memulakan dan menamatkan pendakian di Pejabat Taman Negara Santubong.

2. Beli atau sediakan dari rumah air yang mencukupi sekurang-kurangnya 1.5 liter, coklat, dan bungkusan makanan tengah hari. Harap maklum, tiada kedai runcit atau warung di sekitar kawasan Taman Negara Santubong yang dibuka pada awal pagi.

3. Trek pendakian ke Puncak Gunung Santubong dijaga rapi dan jelas kelihatan. Ikut penanda jalan berwarna merah yang akan membawa anda terus ke Puncak Gunung Santubong.

4. Mulakan perjalanan anda seawal jam 7 atau 8 pagi. Secara purata, masa diambil untuk ke Puncak Gunung Santubong adalah 4 jam dan 2 ke 3 jam untuk turun semula ke Pejabat Taman Negara Santubong.

5. Berhati-hati ketika menaiki tangga pada bahagian akhir pendakian. Jaga langkah dan tenang ketika bergerak. Sedikit kesilapan pasti akan membawa padah.

6. Nikmati keindahan alam ciptaan Tuhan dengan penuh rasa syukur. Jaga batas pergaulan dan kawal keseronokkan anda apabila berada di kawasan hutan.

7. Sila patuhi arahan Jabatan Hutan Sarawak untuk memulakan perjalanan turun pada jam 3 petang walau di mana anda berada. Cegah sebelum parah.

8. Terakhir, jangan lupa untuk jaga keselamatan, bawa air yang mencukupi dan jaga kebersihan. Kita bertanggungjawab untuk mewariskan keindahan Gunung Santubong kepada anak cucu kita dalam keadaan terbaik.

Tonton klip video di bawah untuk mendapatkan gambaran berkenaan Gunung Santubong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s