8 TIPS UNTUK MEMBAWA ANAK KECIL BERAKTIVITI LUAR DI SUNGAI PISANG, GOMBAK, SELANGOR.

Screen Shot 2018-05-03 at 7.36.15 AM.png

1. Sungai Pisang terletak hanya 30 kilometer daripada Pusat Bandar dan merupakan salah satu lokasi yang amat sesuai kepada anda yang ingin berjinak dengan aktiviti luar bersama anak kecil. 

2. Anda boleh meletakkan kenderaan anda di The Alangs in Gombak dengan bayaran RM5 sekali masuk. Tandas juga disediakan untuk anda membersihkan diri sesudah bermandi manda di Sungai Pisang. 

3. Untuk ke Air Terjun Sungai Pisang, jangkakan perjalanan selama satu ke dua jam untuk sehala perjalanan. Anda akan menyusuri sungai, melintasi terowong, sebahagian Lebuhraya Karak dan trek hutan sebelum tiba di Air Terjun Sungai Pisang.

4. Pastikan nisbah orang dewasa kepada anak kecil adalah 1:1 bagi memudahkan pengawasan mereka sewaktu berjalan ke Air Terjun Sungai Pisang.

5. Secara peribadi, umur minimum untuk membawa anak kecil ke Sungai Pisang adalah 3 tahun. Pada umur ini mereka sudah boleh berjalan sendiri dan kita boleh bercerita berkenaan alam semulajadi sepanjang perjalanan untuk tujuan pendidikan.

6. Sediakan ubat-ubatan yang sesuai kepada anak-anak dan diri sendiri seperti ubat tahan gatal dan lain-lain jika berlaku perkara yang tidak diingini.

7. Setibanya di Air Terjun Sungai Pisang, anda boleh mandi sungai dan membuat aktiviti seperti batu pengimbangan di tepi sungai. Batu pengimbangan adalah salah satu teknik yang digunakan sebagai penanda arah jika kita berjalan di dalam kawasan hutan tropika di Malaysia. Pasti anak kecil anda seronok melakukan aktiviti ini.

8. Seperti biasa, jaga keselamatan, bawa keluar sampah dan nikmati keindahan alam dengan penuh rasa syukur.

Tonton klip video di bawah untuk mendapatkan gambaran berkenaan Air Terjun Sungai Pisang.

One comment

  1. I often visit your page and have noticed that you don’t update it often. More frequent updates will give
    your page higher authority & rank in google. I
    know that writing content takes a lot of time, but you can always help yourself with miftolo’s tools which will shorten the time of creating an article to a
    few seconds.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s