5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MELAWAT KAMPUNG BUKIT MAT DALING, JERANTUT, PAHANG.

Screen Shot 2018-05-08 at 7.54.25 AM.png

1. Masyarakat tempatan sentiasa bersedia menerima kedatangan orang luar sebagai pelancong dengan senyuman dan bantuan jika diperlukan. Tegur sahaja mereka dan pasti anda akan berasa selesa dengan layanan yang akan mereka berikan.

2. Terdapat pelbagai aktiviti eko-pelancongan yang boleh dilakukan di sini seperti mandi sungai, menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling, memancing atau bersiar-siar di kawasan Kampung Bukit Mat Daling.

3. Banyak kemudahan asas yang ada di sini seperti kedai makan, masjid, balai raya, chalet dan kawasan perkhemahan. Boleh dikatakan, Kampung Mat Daling bersedia menerima kedatangan pelancong yang ramai secara serentak.

4. Aktiviti menyusuri Sungai Tembeling dengan menaiki bot adalah salah satu aktiviti menarik untuk dilakukan di sini. Anda dapat melihat satu ekosistem yang berlainan dari bandar dan jika anda bernasib baik, beberapa jenis haiwan kelihatan.

5. Melawat Kampung Mat Daling juga boleh memberikan sudut pandang kepada anak-anak tentang cara kehidupan penduduk pedalaman yang jauh berbeza dengan cara kehidupan di bandar. Segalanya berbeza dari segi sumber ekonomi, perbualan, cara pemikiran, ilmu survival dan berbagai lagi yang boleh dijadikan sebagai ilmu baru kepada anak-anak.     

Tonton klip video di bawah untuk mendapatkan gambaran berkenaan Kampung Mat Daling.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s