5 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MELAWAT PASAR SERIKIN, SARAWAK

Screen Shot 2018-05-14 at 9.32.44 PM.png

1. Pasar ini dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja. Waktu perniagaan pada hari Ahad hanyalah sehingga jam 2 petang. Datang awal pagi bagi mengelakkan kekecewaaan dan cuaca panas.

2. Jarak dari Bandar Kuching ke Serikin adalah lebih kurang 60 kilometer dan perjalanan memakan masa di antara satu sehingga satu jam setengah dengan kereta. Pastikan anda makan dahulu di Kuching atau di dalam perjalanan ke Serikin.

3. Pakai baju yang kurang menyerap haba, bertopi dan bawa air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi ketika berada di Pasar Serikin kerana anda mungkin menghabiskan masa di sini lebih daripada dua jam.

4. Pelbagai pilihan cenderahati ada di sini dengan harga berpatutan. Jangan lupa untuk tawar-menawar untuk mendapatkan harga terbaik. Duit yang anda belanjakan di sini juga bertujuan meyemarakkan lagi sektor pelancongan dan ekonomi penduduk tempatan.

5. Bawa duit yang mencukupi untuk membeli-belah. Pasti anda akan meroyan jika kehabisan wang untuk berbelanja.

Tonton klip video di bawah untuk mendapatkan gambaran berkenaan Pasar Serikin, Sarawak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s