5 TIPS UNTUK ANDA MELAWAT SEMENGGOH WILDLIFE CENTRE, KUCHING, SARAWAK

Screen Shot 2018-05-14 at 10.40.34 PM.png1. Orang utan di kawasan Semenggoh Wildlife Centre hidup liar dan tidak diklasifikasikan jinak oleh penjaga di pusat tersebut. Oleh itu, berhati-hati apabila melihat orang utan dan dengar arahan daripada pengawai yang bertugas.

2. Waktu yang sesuai untuk melawat pusat ini adalah pada jam 9 pagi dan 3 petang kerana waktu-waktu ini adalah waktu orang utan makan.

3. Bilangan orang utan yang ada pada waktu makan adalah tidak menentu. Bilangan akan berkurang pada musim buah dan sebaliknya. Ini kerana orang utan mempunyai makanan yang cukup pada musim buah dan tidak memerlukan makanan tambahan di pusat tersebut.

4.  Jika anda ke sini dengan kenderaan awam, anda perlu berjalan kaki dari pintu utama ke laman untuk melihat orang utan makan selama 30 minit. Jika anda ke sini dengan menaiki kenderaan sendiri, jarak dari tempat meletak kenderaan ke laman melihat orang utan hanya 8 minit berjalan kaki.

5. Tiada kedai makan di kawasan Semenggoh Wildlife Centre, bawa makanan yang mencukupi atau makan dahulu sebelum ke sini dan selamat berkenalan dengan orang utan.

Tonton klip video di bawah untuk mendapatkan gambaran berkenaan Semenggoh Wildlife Centre.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s