6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMANCING DI KOLAM PANCING AYAH DEN, HULU LANGAT, SELANGOR

Screen Shot 2018-05-15 at 11.11.39 PM.png1. Terletak di Hulu Langat, Selangor menjadikan ia satu lokasi yang strategik untuk dikunjungi bagi para peminat aktiviti memancing di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

2. Yuran kemasukan yang berpatutan iaitu RM25 sahaja untuk 4 jam memancing. Pihak kolam juga menyediakan beberapa jenis sampul lumayan sebagai ganjaran kepada para pemancing. Ganjaran dan maklumat lanjut boleh dilihat di sini. Kolam Pancing Ayah Den

3. Jangan risau jika anda lapar, kedai makan disediakan di pintu masuk Kolam Pancing Ayah Den. Makanan dimasak panas dan dihantar terus kepada anda. Terdapat juga kemudahan asas lain seperti tandas, surau dan ruang rehat kepada para pemancing.

4. Suasana alam semula jadi dan kehijauan kawasan keliling Kolam Pancing Ayah Den menambahkan lagi ketenangan apabila anda memancing di sini. Suasana begini juga amat sesuai sebagai salah satu aktiviti “terapi minda” selepas penat bekerja seharian.

5. Kolam Pancing Ayah Den dibuka setiap hari bermula dari jam 9 pagi sehingga 3 pagi dan 24 jam pada hujung minggu. Oleh itu, rancang waktu anda sebaiknya dan ajak kawan untuk menambahkan lagi keseronokkan ketika memancing.

6. Servis khidmat pelanggan Kolam Ayah Den memang terbaik. Mereka bersedia membantu anda bermula daripada tapak letak kenderaan, kaunter pendaftaran, pondok memancing dan sehingga anda pulang. Senyuman mereka akan bersama anda sepanjang anda berada di Kolam Pancing Ayah Den.

Tonton klip video di bawah untuk mendapatkan gambaran berkenaan Kolam Pancing Ayah Den.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s