5 GAMBARAN PENTING SEBELUM ANDA BERKELAH DI AIR TERJUN LATA HAMMER, BENTONG, PAHANG

Screen Shot 2018-05-15 at 10.15.48 PM.png1. Jika kumpulan anda tiada yang pandai berenang, sediakan jaket keselamatan atau ajak rakan yang mempunyai Sijil Gangsa sebagai langkah awal jika berlaku kecemasan. Bak kata peribahasa, sediakan payung sebelum hujan.

2. Berhati-hati ketika hujan lebat. Kebarangkalian fenomena kepala air mungkin berlaku. Jaga keselamatan, elakkan melintas sungai dan berada di tempat tinggi bagi menjamin keselamatan semua.

3. Secara amnya, ramai akan berkelah di Lata Hammer pada hujung minggu. Datang awal jika anda merancang untuk bermalam di sini bagi mengelakkan kekecewaan tiada ruang untuk berkhemah.

4. Bawa bola, pelampung besar dan tilam angin sebagai alat untuk bermain dan bergembira bersama rakan-rakan. Ruang kolam yang luas dan kawasan pasir landai di bahagian tepi sungai boleh digunakan untuk aktiviti bersama kumpulan anda.

5. Bawa keluar sampah bagi menjamin keindahan Lata Hammer kekal buat selamanya untuk diwariskan kepada anak cucu kita dalam keadaan yang cantik dan terjaga.

Tonton klip video di bawah untuk mendapatkan gambaran berkenaan Air Terjun Lata Hammer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s