7 GAMBARAN JIKA ANDA INGIN MENCUBA THE JUNGLE RAILWAY UNTUK KE KOTA BHARU

Screen Shot 2018-05-17 at 10.18.58 AM.png

1. Dari Kuala Lumpur, anda perlu menaiki ETS ke Stesen Gemas sebelum menaiki The Jungle Railway untuk ke Stesen Wakaf Bharu. Bagi waktu perjalanan yang tepat, anda  boleh pergi ke lawan sesawang KTM Berhad.

2. Stesen Wakaf Bharu adalah stesen yang paling hampir dengan Kota Bharu. Dari Stesen Wakaf Bharu anda boleh menaiki bas atau Grab untuk ke Kota Bharu.

3. Jarak masa perjalanan dari Stesen Gemas ke Wakaf Bharu adalah di antara 12 ke 14 jam bergantung kepada kelancaran gerabak keretapi bergerak. Keretapi akan berhenti di beberapa stesen untuk menurun dan menaikkan penumpang serta penukaran pemandu keretapi.

4. Terdapat dua pilihan tempat duduk di dalam gerabak iaitu baring dan duduk. Untuk ruang baring, Katil di bahagian bawah adalah lebih besar berbanding di bahagian atas. Katil di bahagian bawah memudahkan pergerakkan dan harganya mahal sedikit berbanding katil di bahagian atas.

5. Terdapat kafe di salah satu gerabak keretapi yang menjual makanan dan minimum. Anda juga boleh membawa makanan sendiri dan air panas dari kafe adalah percuma jika anda memerlukannya. Di Stesen Gua Musang, anda boleh membeli makanan pagi dari kafe stesen selagi stok masih ada.

6. Dari sudut ekonomi, kebanyakkan penumpang The Jungle Railway adalah dari golongan menengah rendah. Oleh kerana jarak perjalanan yang lama, gunakan peluang ini berbual dan mengenali mereka dengan lebih dekat. Pengalaman dan jalan cerita hidup mereka pasti memberikan ilmu dan makna kepada anda.

7. Hayati keindahan pemandangan hutan tropika pada siang hari dari cermin keretapi. Percayalah, pengalaman ini pasti tidak akan di lupa dan anda akan panjangkan kepada rakan-rakan anda. Selamat mencuba The Jungle Railway untuk ke Kota Bharu.

Tonton klip video di bawah untuk mendapatkan gambaran berkenaan The Jungle Railway dari  Stesen Gemas ke Stesen Wakaf Bharu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s