6 GAMBARAN SEBELUM ANDA PERGI MELAWAT PULAU KETAM, SELANGOR

Screen Shot 2018-05-21 at 9.24.11 PM.png

1. Majoriti penduduk Pulau Ketam adalah nelayan berbangsa Cina yang sudah berpuluh tahun menetap dan membesar di pulau ini.

2. Kemudahan asas seperti balai polis, klinik, bank, pejabat pos, adalah lengkap dan penduduk boleh menyelesaikan urusan penting mereka di dalam kawasan pulau sahaja.

3. Bagi para pelancong, mereka boleh menyewa basikal, motor elektronik atau berjalan kaki sahaja untuk meronda kawasan perumahan di Pulau Ketam. Kawasan perumahan di sini sunyi dan kebanyakkan penduduk yang ada di rumah adalah dari golongan warga emas.

4. Jika anda merancang untuk bermalam di Pulau Ketam, terdapat hotel, rumah rehat dan homestay yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Tempahan awal perlu dibuat pada musim perayaan atau cuti sekolah bagi mengelakkan kekecewaan tiada tempat untuk bermalam.

5. Makanan laut adalah menu popular di Pulau Ketam. Terdapat pelbagai menu makanan laut yang dijual kepada para pelancong. Walaupun Pulau Ketam adalah kawasan nelayan, harga makanan laut di sini lebih kurang sama di kawasan tanah besar.

6. Satu-satunya pengangkutan yang ada untuk pergi dan pulang dari Pulau Ketam adalah dengan menaiki feri di Terminal Feri Pelabuhan Klang. Harga tiket bermula dari RM15 pergi balik. Selamat melawat Pulau Ketam.

Tonton klip video di bawah untuk mendapatkan gambaran berkenaan Pulau Ketam, Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s