5 GAMBARAN MENGENAI SERAPI VIRGIN COCONUT SHAKE

Screen Shot 2018-06-03 at 3.53.22 PM.png

1. Walaupun terletak lebih kurang 40 kilometer dari Bandaraya Kuching, Serapi Virgin Coconut Shake tetap menerima kunjungan pelancong yang ramai terutamanya pada hari Jumaat sehingga hari Ahad. Datang awal untuk mengelakkan kesesakkan ketika menunggu giliran untuk mendapat tempat duduk.

2. Anda boleh ke sini dengan menggunakan applikasi Google Maps atau Waze. Taip sahaja, Serapi Virgin Coconut Shake dan ikut sahaja panduan pemanduan sehingga tiba ke kedai.

3. Terlajak ke Serapi Virgin Cocounut Shake, anda boleh melawat beberapa lokasi pelancongan lain yang berdekatan iaitu Kampung Sungai Air, Matang Wildlife Centre dan Taman Negara Kubah. Anda juga boleh bermalam di kawasan-kawasan yang disebut jika tidak mahu pulang semula ke Kuching pada hari yang sama.

4. Harga secawan Coconut Shake adalah RM5. Terdapat juga menu lain yang dijual kepada para pelanggan.

5. Sampai sahaja ke pintu masuk kedai, para pekerja bersedia dengan senyuman untuk melayan dan menerima pesanan daripada anda. Buat sahaja pesanan dan minuman akan tiba beberapa minit kemudian. Kelazatan Coconut Shake pasti terasa sesuai dengan kata tema mereka, Best in Town!!!

Tonton klip video di bawah untuk mendapatkan gambaran berkenaan Serapi Virgin Coconut Shake, Sarawak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s