MEMUPUK NILAI KASIH SAYANG KEPADA BINATANG DI MATANG WILDLIFE CENTRE

Screen Shot 2018-06-18 at 8.55.49 PM

1. Jika anda cintakan binatang atau ingin memberikan pendedahan berkenaan nilai kasih sayang kepada binatang kepada anak-anak, anda boleh melawat Matang Wildlife Centre yang terletak kira-kira 30 kilometer daripada Bandaraya Kuching, Sarawak.

2. Pusat ini merupakan tempat jagaan hidupan liar yang tercedera, sakit, menggalami proses kepupusan dan membantu mengajar hidupan liar tertentu berkenaan cara hidup  seperti mencari makanan secara sendiri.

3. Tiada pengangkutan awam yang disediakan terus dari Kuching. Anda harus memandu kenderaan secara sendiri, membuat tempahan grabcar atau menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke sini. Jika anda ingin bermalam di sini, pusat ini menyediakan hostel serendah RM15 satu malam untuk satu katil. Anda perlu membuat tempahan untuk bermalam di laman berikut: eBooking Sarawak.

Screen Shot 2018-06-18 at 8.55.31 PM

4. Harus diingat, pusat ini tidak menyediakan khidmat kafetaria kepada para pengunjung. Namun anda boleh mencari Moureen Bala di kaunter pejabat Matang Wildlife Centre untuk mendapat bantuan beliau menyediakan makanan kepada anda dengan harga berpatutan.

Screen Shot 2018-06-18 at 8.55.12 PM

5. Jika anda berpeluang ke Kuching dan mencari tempat menarik untuk dilawati, Matang Wildlife Centre merupakan salah satu destinasi yang anda boleh kunjungi.

Tonton klip video di bawah untuk mendapatkan gambaran berkenaan Matang Wildlife Centre. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s